Thursday, November 21, 2013

10 Trik hidup ceria bebas berpenyakit !




hye korang semua hari nieh saya muncul lagi dekat blog nieh , hehe nak buat ape ? nak sharing dekat koranglah pasal ape yg saya baru dapat .. :) hah nak tahu ape ? okay mehh sama-sama baca dekat bawah nieh yerk :D

1) BEBAS GULA 
gula adalah zat yang menyebabkan tubuh memproduksi hormon insulin yang sangat tinggi , dikenali sebagai insulin spike .. tubuh memproduksi insulin agar gula dapat segera dimasukkan kedalam sel tubuh .. apabila tubuh dipaksa terus-menerus menerima gula pada kadar tinggi , maka fungsi insulin pon menjadi berkurang .. akibatnya kita berisiko menderita kegemukan , diabetes , penyakit jantung , koroner , hiperfensi dan stroke ..

2) KARBOHIDRAT KOMPLES
karbohidrat komples adalah karbohidrat yang kaya dengan serat .. maksudnya pelepasan gula dalam darah akan stabil .. contohnya makanan yang kaya dengan karbohidrat adalah beras merah . roti gandum dan kentang .. beras merah mengandungi vitamin B komples dan serat yang sangat penting untuk proses pergolahan tenaga dan pencemaran .. makanan-makanan yang kaya dengan karbohidrat akan mengekalkan tubuh yang langsing dan dapat mengelakkan selulit ..

3) BUAH-BUAHAN
makan buah sebelum makan .. makanan sampingan yang terbaik untuk tubuh adalah buah .. dalam sehari , setidaknya kita harus makan dua jenis buah , tiga kali sehari .. makan buah berupaya mencuci usus dan secara automatik metabolisme tubuh juga akan naik .. kenapa harus ambil buah sebelum makan ? perut akan terisi terlebih dahulu , jadi vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu proses pergolahan sumber tenaga yang dimakan .. makan buah pada kadar yang sepatutnya mampu mengurangi risiko kanser , osteoporosis dan berbagai-bagai lagi penyakit lain ..

4) BEBAS MINYAK GORENGAN 
kadar lemak yang dihasilkan melalui proses pergorengan akan meningkatkan kadar kolestrol jahat dalam darah .. kolestrol jahat inilah penyumbang penyakit jantung , hipertensi , dan penyakit degeneratif lain .. awas makanan bergoreng yang diambil kerap juga meningkatkan peluang menghidap kanser paru-paru ..

5) BERSUKAN 
tidak perlu ke gym atau melakukan sukan ekstrem setiap hari .. pilih senaman ringan atau apa-apa saja yang boleh membuat korang happy .. contohnya berjalan kaki , mengelilingi shopping complex sebelum membeli barang .. itu pun mampu memberi kesihatan yang baik untuk korang ..

6) TERLALU STRESS 
hormon kortisol yang keluar ketika stress akan merangsang nafsu makan , memperlambatkan metabolisme , dan meningkatkan kadar lemak di perut .. relaksasi seperti mendengar muzik atau beriar-siar ditaman rekreasi dapat mengurangkan stress .. lakukan salah satu aktiviti ini minima 10-15 minit setiap hari .. korang akan bebas daripada stress yang kadang kala mengundang lebih banyak penyakit ..

7) TIDUR SECUKUPNYA 
sebuah kajian di amerika syarikat menyatakan , kurang tidur akan menungkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang , kajian lain menambah , orang yang tidurnya kurang dari 4jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti 73% lebih tinggi berbanding orang yang tidur 7-9 jam sehari ..

8) MINUM SUSU
perempuan yang mengambil yogurt bebas lemak , keju atau susu rendah lemak 3-4 kali sehari mampu mengusir 705 lemak dari tubuhnya .. kalsium dan susu berperanan sebagai agen yang memerintah tubuh yang membakar kelebihan lemak .. minumlah segelas susu bebas lemak ketika sarapan , segelas yogurt rendah lemak pada siang hari , dan segelas susu bebas lemak sebelah petangnya ..

9) HADKAN LEMAK 
hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak .. begitu juga dengan minyak , penggunaanya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit .. tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak .. antara yang boleh dipilih ialah sandwich , bertih jagung ataupon popia basah .. tiada masalah jika sesekali mahu makan diluar .. apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil ..

10) PENGAMBILAN PROTEIN
jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein .. namun sebelum itu , pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu .. korang boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul .. untuk itu apa kata masak dengan cara memanggang , membakar atau mengukus ..

heee okaylah korang dah faham kan ? okay untuk itu saya nak nasihatkan dekat korang , kenalah pandai ambil pemakan secara seimbang iaitu secara sihat .. bila kita sihat , otak cerdas pemikiran pon akan jadi lebih cergas .. tuh saja yang nak saya sharing dekat korang pada hari ini .. okay .. wassalam :)



No comments: