Sunday, September 7, 2014

SAHABAT

                                               

Assalamualaikum korang semua .. wahh rindu gila nak conteng blog nih !! haha nih pon gara-gara takde idea nak menaip tuh yang jadi sunyi je blog nih (krik3) okay today saya nak menaip apa itu sahabat ? hmm sebenarnya sahabat ni dialah orang yang sentiasa ada bersama kita bila kita susah ataupon senang .. dia tak kira kat mana kita ada kt situ jugak lah dia sentiasa teman kita .. bila dah teman kita tuh tak bermakna kena sentiasa 24 jam bersama kita betul tak ?? hehe maksud saya dia sentiasa dihati kita , tak kesah lah jauh ke dekat yang penting ianya saling memerlukan .. tapi kan bagi sayalah sahabat itu lebih penting dari kekasih .. haaa nak tahu kenapa ?? tepuk dada tanya iman nanti korang akan dapat sendiri jawapannya .. okaylah senang citer korang akan rasa sahabat itu bermakna bila korang dah jumpa seseorang yang betul2 memahami .. bila ada yang memahami tuh tak semestinya kekasih .. tapi sebenarnya sahabat tuh lebih memahami diri kita .. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab saya dapat mengenali apa itu sebuah persahabatan , dan saya doakan supaya korang jugak akan bertemu apa itu sahabat ^^ .. aminn ~

Di awal detik permulaan
kita tidak saling bersamaan
diawal detik perkenalan
kita tidak saling menyatukan
diawal detik pertemuan
kita tidak saling mengenali

namun

hari silih berganti , siang silih berganti malam
minggu berganti bulan
putaran waktu terus menghilang
putaran waktu terus beredar

maka

mulalah terselit rasa mahabah
mulalah terpalit rasanya kasih
mulalah terpancar sinaran ukhwah
mulalah mengenal apa itu erti persahabatan

dalam mengharungi liku-liku ini

terkadang terselit rasa pedih
terkadang terselit rasa marah
terkadang terselit rasa gelisah

namun

kami tidak mudah melatah
hanya dengan sekecil mehnah
direntas penuh cekal dan tabah
diharung tanpa lemah dan rebah
ditempis tanpa resah dan gundah
kerana disitu telah lahir satu ikatan ukhwah
yang kian bercambah

kini
ku mulai sedari
kita akan terpisah
perpisahan ini datang tanpa diduga
perpisahan ini datang menerpa
titisan mutiara jernih menitis di pipi
sungguh tak tertahan sebak dihati

namun

itulah lumrah kehidupan
setiap pertemuan ada perpisahan
setiap permulaan ada pengakhiran

namun ku sedari

diakhir detik ini kita saling menguatkan
diakhir detik ini kita saling mengasihkan
diakhir detik ini kita saling mengingatkan

bahawa

perpisahan ini bukanlah selamanya
perpisahan ini cuma seketika , cuma sementara
selagi ukhwah ini tersemat di jiwa
selagi itulah kita bersama
selamanya kita tetap bersama
hingga ke syurga

terima kasih duhai sahabat
keranamu lah
ku kenal erti kematangan
keranamu lah
ku tak rapuh dengan godaan
keranamu lah
ku kenal erti kedewasaan
tatkala ku hampir jatuh
kau pautku dengan mutiara katamu
tatkala ku hampir terlena
kau kejutkan ku dengan mimpi yang panjang
duhai ilahi

doa dipanjat padaMu yang kuasa
agar ukhwah ini kekal selamanya
agar ukhwah ini tiada pengakhirannya
agar tiada tara diantara kita
sahabat selamanya

amin ya rabbal alamin......

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam  , adalah memliki SAHABAT yang soleh , jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya  , maka penganglah ia besungguh-sungguh" -Saidina Umar Al-Khattab-




-admin-

Sunday, April 20, 2014

DURRA DAH SATU TAHUN

durra tengah main
ASSALAMUALAIKUM semua .. hai hari nih saya nak update lagi setelah sekian lama tak update blog last pon masa bulan 3 dulu kan ? haa sekarang dah masuk bulan 4 dah pon , today 20.4.2014 maka genaplah umur anak buah sulung saya 1 tahun , macam kejap je kan dia dah membesar ? haha itulah orang kata bumi berpusing pon kita tak rasa inikan pula hari yang berlalu jauh pergi .. malam nih insya'allah kami sekeluarga akan sambut birthday durra .. hehe maklang , jaddah , jad , maksu dengan makteh sume dah beli hadiah untuk durra , nanti durra buka yerk :) .. bila dah masuk umur 1 tahun nih durra kenalah belajar berjalan dan makan , takley dah asek menyusu ibu je , sian ibu durra nak pegi mana kena bawak durra .. huhu durra dah kurus sebab taknak makan , maklang nak durra tembam macam dulu :( baru sedap nak cubit pipi dan cium durra .. haha , untuk pengetahuan semua durra bukan jenis baby yang lambat ye , tapi dia cuma saket ezima masa umur dia baru nak masuk 4 bulan so mengambil masa yg agak lama la jugak untuk dia sembuh , jadi disebabkan sakit tuh durra jadi lambat nak belajar , sekarang Alhamdulillah dia dah sehat cuma badan plak kurus gara-gara taknak makan :( .. pape pon maklang doakan durra akan jadi anak yang solehah berbakti kepada ibu , ayah , jad , jaddah dan semua makcik2 dan pakcik2 durra .. okaylah kawan-kawan nanti saya update lagi yerk .. yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri .. sekian ~

Friday, March 7, 2014

DUA TANDA ORANG YANG DICINTAI DAN DIBENCI ALLAH

Assalamualaikum semua hari ni saya nak kongsikan lagi ilmu apa yang saya dapat okay nak tahu apa dia jom baca dekat bawah ni , saya cuma copy je dan sampaikan ilmu apa yang saya dapat pada hari ini .. okay selamat membaca dan beramal :)

Diriwayatkan bahwa Nabi Musa 'Alaihi salam pernah berkata, " Wahai Rabb Ku Yang Maha Mulia, Bagaimana Aku Bisa membedakan antara orang yang ENGKAU CINTAI dengan orang yang ENGKAU BENCI ?"

Allah Subhana wata'ala berfirman :

"Wahai Musa, Sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya"

Nabi Musa bertanya, "Wahai Rabb, apa kedua tanda itu ? "

Allah Subhana wata'ala berfirman :
"Aku akan mengilhamkannya agar ia berdzikir kepada Ku, agar aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka Ku, agar ia tidak terjerumus dalam azab dan siksaKu."

"Wahai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, Aku jadikan juga dua tanda kepadanya"

Nabi Musa Alaihisalam : " Wahai RabbKu, apa kedua tanda itu ? "

Allah Subhanawata'ala berfirman :
"Aku akan melupakannya berdzikir kepada Ku, Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya,  agar ia terjerumus dalam lautan Murka Ku dan merasakan azab pedihKu"

(Disadur dari Buku "40 Nasihat Langit" Karya Syaikh 'Abd al-Hamid  ibn Abd Al-Rahman Al-Anquri)

"  Mari Saudaraku kita basahkan lidah kita dengan Dzikrullah, kita sibukkan hati kita dengan mengingat Allah baik keadaan suka duka, sibuk luang, senang sedih, sehat sakit dan semua keadaan. Mencari ilmu Allah juga termasuk berdzikir. Mengikuti solat berjama'ah juga berdzikir. Menunaikan Zakat, Infaq, Sedekah Juga Berdzikir. Agar kita termasuk orang yang diicintai Allah"

Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar"

Wassalamu'alaikum Warrohmatullah Wabarakatuh

sekain ~

Wednesday, February 5, 2014

12 BAHAGIAN AURAT WANITA YANG PERLU DIJAGA




hye semua hari nih saya nak share sikit tentang 12 aurat wanita yg perlu dijaga , nak tahu ? mehh baca kt bawah nih :

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening -Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil, sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. 

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. 

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. 

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. 

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat AlBazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaiidan Ibn Majah. 

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

okay dah paham semua ?? syukran sebab sudi singgah .. saya dapat maklumat nih cuma copy dari orang je .. okay nanti saya update lagi kalau ade yg nak dikongsikan bersama .. insya'allah .. :)