Wednesday, February 29, 2012

60 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu !

assalamualaikum sume .. hew hew .. hehe ary nieh sis nak update sket artikel yg menarik untuk korang yang perempuan harus bace ! :) ecehh .. marah nampak ! haha .. gurau jea .. okayy korang nak tahu ape dye ? meh dekat-2 kite bace same-2 kt bawah nieh ek .. :


1. lelaki tidak benar-2 memilih gadis yang cantik .. dorangg lebih suke gadis yang pembersih dan kemas ..

2. lelaki paling becni bile awek dye kena ngorat .. heheh :P

3. seorang lelalki boleh terpikat dgn gadis dalam mase 1 minit dan lupekan gadis dgn begitu saje .. hah ! ingt tuh .. jage-2 tau !

4. kalau seorang lelaki tuh cakap dye tak paham korangg , tuh maknenye korang tak berfikir seperti dye ..

5. "awak buat ape tuh ? " ataupon "awak dah makan ?" soalan yang bese pertame seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk elakkan dorang cakap GAGAP .. :D

6. mungkin lelaki suke ngorat gadis sepanjang hari , tapi ....... sebelum dorang tidow dorangg akan ingat gadis yang dorangg sayang ~

7.kalau lelaki tuh betul-2 suke kan korangg .. dye akan lupekan perangai buruk korang :)

8.hah ! lelaki nieh senang cair bile tengok senyuman seorang gadis , so always smile ! :)

9.lelaki akan buat ape saje untuk dapatkan perhatian gadis yang dorangg suke tuh ! hehe ..

10.lelaki paling benci bile korang borak pasal ex boyfrend korangg .. so forget it yer yg dah lepas ..

11.hah kalau korang nak tahu lelaki nieh pon boleh menangis gak tau !

12.jangan suke api-2 lelaki .. haha dorang nieh mudah marah dan akan mengamuk ! percayelahh .. walaupon dye tuh nerd ..

13.lelaki tidak dibuai mimpi dan terlalu mengharap ..

14.kalau korang dah sentuh hati seorang lelaki ini mungkin tade jalan untuk kembali ..

15.seorang lelaki mampu mengorat dgn beribu cara .. tapi dorang besenye gagap bile bercakap dgn perempuan yang dorang suke ..

16.lelaki benci gay !!

17.lelaki sayangkan ibu mereka ..

18.korangg tak akan faham lelaki , kecuali korangg dgr cakap dye ..

19.jika lelaki katakan yg dye mencintai korang seumur hidup , tuh mknye dye betul-2 ckp mcm tuh ..

20.Hati-2 Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan ..

21.perempuan adalah kelemahan lelaki ..

22.lelaki sangt terbuka tentang diri dorangg ..

23.ade baiknye korang uji dulu lelaki dahulu , sebelum korangg percaye kt dorangg ..

24.tidak ade lelaki yang jahat ketika bercinta ..

25.lelaki akan betul-2 kagum ngn gadis yang dorang suke , meskipun gadis tuh tak secantik mane ..

26.kalau seseorang lelaki ceritkan masalah kat korangg .. ini bermakne dorangg perlukan seseorang untuk mendengar cerita dye .. tyah bagi nasihat pon .. sekadar dengar je .. :)

27.lelaki cinta gadis yang menggunakan otak dikepala lebih dari gadis otak di kasut ..

28.lelaki boleh berbual tentang apa pun ..

29.lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka ..

30.lelaki berfikir terlalu banyak ..

31.fantasi lelaki tidak terbatas ..

32.ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki ..

33.lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu ..

34.ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu ..

35.korang perlu memberitahu lelaki apa yang korang inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu ..

36.ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal ..

37.lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah ..

38.lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan ..

39.ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya ..

40.lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus ..

41.ketika seorang lelaki mencintai korangg , dia memberikan yang terbaik dalam dirinya ..

42.jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting !

43.jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah ..

44.lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah ..

45.lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan ..

46.lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki ..

47.seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya ..

48.lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek. .... Amat-amat cinta ..

49.kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini !

50.elaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan ..

51.lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik ..

52.lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka ..

53.setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya ..

54.lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah ..

55.ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu ..

56.elaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis ..

57.jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda ..

58.lelaki benci perempuan yang gedik ..

59.lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda ..

60.anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating ..


hah ! dah bace ?? okay selamat berjaya sis ucapkan .. :)

Monday, February 27, 2012

18 Kata-kata Ringkas Dengan Makna Yang Mendalam – Katakannya

assalamualaikum sume .. sehat ? hehe .. kalau sehat bagus lahh .. hehe .. saye pon sehat .. okayy ary nieh ade sket yg nak saye kongsikan bersame kawan-2 .. reading okay :)



Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.

Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa

2. Saya maafkan awak.

Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.

Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.

Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.

Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.

Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.

Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.

Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.

Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.

Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.

Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.

Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.

Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.

Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.

Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.

Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.

Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.


Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.

Saturday, February 25, 2012

5 fitrah sifat semulajadi lelaki

assalamualaikum .. hehe .. byk pulak kali nieh saye update .. maklumlah dah lame tak update blog nieh .. so jadi rindu nak update smpaikan terlebih banyak pulak .. hahah .. okayy korangg bace lahh ape yang saye update nieh :


1- TIDAK SUKA BERGOSIP

Bagi sesetengah orang, mengetahui perihal orang lain adalah penting. Apatah lagi jika ianya menjadi bahan bualan orang sekeliling. Katanya tidak mahu ketinggalan informasi. Bagi lelaki lain pula kisahnya. Lelaki lebih gemar menunjukkan reaksi berdiam diri terutamanya apabila membicarakan hal peribadi orang lain. Bagi lelaki, bergosip adalah sesuatu yang tidak berfaedah dan membuang masa. Mereka lebih gemar memilih utk menyiapkan tugasan sendiri daripada mengambil tahu informasi yang tidak di perlukan. Jadi kamu tidak perlu berkecil hati jika teman lelaki kamu tidak minat terhadap sebarang gosip yang ingin kamu perkatakan.

2- SHOPPING CUKUP MENYEKSAKAN

Orang perempuan, kalau bab bershopping memang tak payah disuruh. Kalau tak membeli pun, cukuplah sekadar cuci mata sahaja. Lelaki pula memang agak keberatan jika diminta utk menemani pasangannya keluar bershopping. Buang masa, antara alasan yang sering di suarakan. Apabila diminta pandangan tentang sesuatu barangan yang ingin di beli, reaksi yang di beri adalah secara acuh tak acuh sahaja. Mereka menganggap kalau tidak bershopping, masa terluang tersebut boleh di penuhi dengan aktiviti lain. Lelaki juga kurg senang kalau masa yang diambil untuk berbelanja sehingga berjam2 lamanya. Bagi lelaki tidak ada guna terlalu cerewet ketika memilih barangan.

3- GAGAL MEMBERI JAWAPAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN

Sesetengah hal yang di bincangkan dgn pasangan ada kalanya memerlukan lebih perhatian dan tumpuan. Tetapi kebanyakkan lelaki lebih senang menjadi pendengar setia dan memberikan jawapan ala kadar sahaja apabila diminta pendapat mereka sedangkan dlm sesetengah keadaan. pasangannya tadi mmg memerlukan buah fikiran yang bernas utk membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jadi sekiranya berhadapan dgn situasi ini lelaki seharusnya bersifat lebih matang dan bukannya membuatkan mereka jadi gila dgn perangai acuh tak acuh kamu.

4- PERLU PERHATIAN KETIKA SAKIT

Tanpa kamu sedari seorg lelaki sebenarnya sangat senang sekiranya dilayan sebaik mungkin ketika sedang sakit. Ketika sakit, lelaki sering merengek dan mengeluh ingin di belai dan segala-galanya disediakan. Ini jelas menunjukkan ketika sakit lelaki mengharapkan pasangannya menumpukan sepenuh perhatian terhadap dirinya. Tetapi awas!! Jangan sekali2 mempraktikkannya ketika mereka sihat. Jika tidak kamu akan mendengar keluhan seperti “kenapalah saya di perlakukan seperti seorang bayi”Lelaki akan lebih bosan sekiranya tindak tanduknya di atur oleh org lain.

5- BANGGA APABILA ADA YANG MENGGODA

Bila si dia keluar dating dgn kamu, tiba-tiba ada wanita yang mencuri pandang dgn satu pandangan yang penuh bermakna dan berminat. Dalam keadaan seperti ini lelaki akan berasa bangga dan merasakan saham masih tinggi walaupun sudah ada org di sebelah tetapi amasih ada yang menunjukkan minat. Bila berhadapan dgn situasi ini, untuk “cover line” dgn wajah selamba si lelaki akan berkata “Jangan bimbang I tak akan tergoda kerana I sudah ada U !!”…Tetapi penjelasan yang diberikan ini sebenarnya masih tidak cukup utk menyakinkan pasangan di sebelah, malah ada yang merasakan kedudukan mereka masih tidak selamat. Oleh itu, awasi mata kamu!!

hehe .. dah bace ?? okay SELAMAT MERENUNG :)

watak pengguna facebook .. yang mana 1 korang ??

assalamualaikum .. hehe ary nieh saye ade artikel baru yg nk update untuk ary nieh .. hope korangg pham .. jom layan jap :)


* MODEL : Tukar gambar setiap hari ..

* PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari ..

* OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

* WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting!

* PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

* BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

* BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

* PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy ..

* BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

* SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :DD


hehe .. dah bace kan ? paham kea ? hahah .. rasanya kalau saye mybe yang wartawan tuh kot .. hahaha .. okayy enjoy layan ~ assalamualaikum .. :)

10 benda yang tidak boleh dibeli dengan wang ..

assalamualaikum .. hye sume dah lame hanis tak update blog .. hah okayy kali saye dah artikel yang menarik yang nak dikongsi bersame .. nak tahu ape dye ?? jom ! bace kat bawah nieh :



DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Friday, February 17, 2012

kisah benar ..

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??

Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.

Sunday, February 12, 2012

♥ Idola Sebenar Kita ♥

“Sesungguhnya pada Rasulullah ikutan yang terbaik bagi kamu. Iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kemudian, serta ia bannyak mengingati Allah”.

Muhammad Rasulullah, satu nama yang belum pernah dimiliki orang Arab sebelumnya. Peribadi yang mengesankan. Dia diakui sesiapapun, termasuk yang memusuhinya. Baginda lahir dengan membawa beribu cahaya kedamaian, keberkahan dan keselamatan. Baginda tumbuh menjadi pemuda luarbiasa. Sifat-sifat terpuji sangat menonjol menghiasi diri Baginda. Baginda pernah tiga hari berturut-turut menunggu seseorang di persimpangan jalan iaitu Abdullah bin Abi al-Hinsa yang lupa janjinya dan bertemu dengan Muhammad pada hari keempat secara tidak sengaja. Ketika bertemu, Baginda berkata: “Saya telah berada di sini selama tiga hari menepati janji-janji saya”. Tiada ungkapan marah, apatah lagi tumbukan atau pukulan. Ya Rasullah, betapa ingin kami mengikutimu…Baginda pernah mengejar pembeli unta-untanya kerana menyadari bahawa seekor dari unta yang Baginda jual itu ada cacatnya. Kemudian baginda mengembalikan harga unta tersebut. Kini, adakah kita temui peniaga yang sejujur ini? Ketika Ka`abah dibaikpulih, persengketaan berlaku sehingga keputusan diambil siapa yang pertama memasuki Ka`abah keesokan harinya yang berhak menjadi hakim. Baginda orang pertama memasuki Ka`abah. Terselah kebijaksanaan baginda dan tersiarlah keadilannya. Kini, adakah hakim yang seadil ini? Ya Rasulullah, bimbingan Allah sentiasa menyertaimu…

Ketika ayat pertama turun, babak baru muncul dalam hidup Muhammad al-Amin. Pulangnya kerumah meminta diselimutkan penuh ketakutan. Khadijah isteri tersayang menenangkan, membelai dan memberi perangsang. Kini, bersedihkah kita menjadi isteri semulia Khadijah? Misi Ilahi dilaksanakan seiring dengan kemuliaan akhlak. Tidak pernah mengecewakan sesiapapun yang bertanya atau meminta. “Ya Rasulullah, aku ingin masuk Islam tetapi tidak mahu meninggalkan zina…”, “Ya, tetapi bagaimana sendainya ibumu, makcikmu, kakakmu, adikmu atau puterimu dilakukan demikian oleh orang lain?". Menangis orang itu penuh keinsafan terhadap kebodohannya.
Begitu juga dengan kisah seorang yang pernah menghantar hadiah sebanyak 70,000 dirham kepada Baginda. Serta-merta wang itu diletakkan di atas tikar dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin sehingga habis. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bahagiannya. Baginda berkata: “Sekarang daku tidak punya apa-apa lagi, tetapi berhutanglah atas namaku, nanti aku jelaskan bayarannya?"

Adakah kita mencontohi Baginda, pernah Anas berkata: “Sepuluh tahun aku bekerja bersama Rasulullah, tetapi tidak pernah Baginda marah apalagi mengherdik saya”. Baginda pernah diminta Abu Hurairah untuk melaknati orang kafir lalu jawab baginda: “Aku di utus melaknati manusia tetapi sebagai rahmat untuk seluruh manusia”. Pemerintah yang mampu memperbaiki masyarakat seluruhnya dalam jangka waktu 23 tahun. Panglima perang yang tak kurang dari 27 kali memimpin medan jihad secara langsung. Baginda berada di barisan paling hadapan mengobarkan semangat pasukan. Dimanakah pemimpin yang berhemah tinggi dan berani menanggung risiko bersama rakyatnya?“Ruhbaanun Billaili Wa Fursaanun Binnahar" (Mereka adalah `abid pada malam hari dan singa di siang hari) demikian pasukan Parsi memberi julukan kepada pasukan Baginda. “Mengapa engkau terus beribadat sampai kakimu bengkak, ya Rasulullah? Bukankah Allah telah menyediakan syurga buatmu? “Tidak bolehkah aku bersyukur, ya Aisyah?”
“Ya Rasulullah, tak mampu kami melukiskan keagunganmu"

Peribadi yang unik dan menyenangkan, yang pernah membuat seorang nenek menangis tersedu-sedu...“Di Syurga kelak tidak ada penghuninya yang tua”. Semata-mata Baginda ingin mengingatkan manusia bahawa semua manusia akan kembali muda pada alam akhirat. Kelembutan peribadi agung ini membuatkan Ali bin Abi Thalib mengatakan: “Baginda seorang dermawan, amat dipercayai dan berbudi tinggi. Bersahabat dengan Baginda sangat menyenangkan. Seseorang yang pertama kali melihatnya akan terpesona dan kagum. Setelah itu orang itu akan mencintai Rasulallah”. Selawat dan salam yang tak terhingga ke atas baginda...

Benarkah Rasulullah sebagai seorang yang kita mulia dan agungkan? Yang kita dakwa sebagai idola agung kita? Yang kita kasih dan cinta padanya? Seperti seorang lelaki yang datang menemui Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri dan dari ibu bapaku. Ketika aku berada di rumah, maka aku akan sentiasa mengingatimu dan akan tidak bersabar hingga aku dapat bertemu denganmu. Apabila aku mengingati kematianku dan kematianmu aku menyedari sesungguhnya engkau akan dimasukkan ke dalam syurga, tidak akan dapat melihatmu.

Apabila kata-kata ini diungkapkan Rasulullah diam seribu bahasa sehingga turun firman Allah: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya maka mereka berada dikalangan mereka yang telah dikurniakan Allah nikmat iaitu para nabi, siddiqin, para syuhada’ dan para solihin. Itulah sebaik-baik teman”. (an-Nisa’ : 69) Ketika Baginda dihina, sunnahnya diperleceh diperendahkan. Sedangkan Baginda pernah bertanya pada para sahabat : “Beritahuku tentang makhluk yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia di sisi Allah? Jawapannya bukankah malaikat, bukan juga para Nabi malah juga bukan para syuhada’tetapi jawapannya: “Satu kaum yang datang selepas kamu dimana mereka beriman denganku walaupun mereka tidak pernah bertemu denganku dan mereka beriman dengan al-Qur’an. Mereka adalah makhluk Allah yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Mereka mempunyai iman yang kuat di sisi Allah pada Hari Kiamat.”

Pendusta atau pengkhianatkah kita sehingga kita melupakan jasa dan pengorbanan agung ini, sedangkan Baginda sentisa ternanti-nanti bertemu kita dengan ungkapannya: “Aku amat suka bertemu dengan saudara-saudaraku yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku”. Baginda yang begitu cinta kepada kita sehingga kalimah akhir dilafazkan sebelum baginda pergi bertemu Rabbnya “...ummati...ummati”

Dunia ini ibarat pentas lakonan...
Manusia itulah pelakon & pengarah utamanya...
Al-Quran & as-Sunnah itulah skripnya...
Malaikat itulah jurugambarnya...
Islam itu jalan ceritanya...
Qiamat itulah medan tayangannya...
Padang Mahsyar itulah tempat penganugerahannya...
Rasulullah S.A.W pelakon terbaiknya...
Allah sebagai juri hakimnya...
Syurga atau neraka itulah trofi hadiahnya...

Tuesday, February 7, 2012

♡ hati ♡

hati ...
dikau tidak pernah mengenali apa itu cinta sewaktu kecil ..
hanya mengerti keriangan yang wujud ..
bersama mereka yang dikau sayangi ..
tdak pernah mengerti apa itu sayang ..
walaupun sering kali diucap ..
tetapi engkau mulai mengerti apa itu perassan saban hari dalam kehidupan ini ..

oh hati ..
dikau mula berasa sunyi ..
mencari jawapan kepada tanda tanya yang berada dihati ..
adakah pengubat kepada kesunyian yang membelenggu diri ?
sememangnya itu adalah sesuatu yang tidak pasti ..

wahai hati ..
tiba-2 denyutan jantungmu berlari ..
hanya dia yang sedang berdiri di hadapanmu ..
dikau pun tidak pasti dengan keadaan ini ..
lalu engkau terdiam sepi ..

hatiku ..
itulah cintamu ..
dia yang membuatkan denyutan jantung sekuat ombak menghempas pantai ..
perasaan sunyi tidak lagi sendiri kerana ada teman disisi ..
dan kini dikau tidak bersendirian lagi ..
hati telah dimiliki .. ♡