Sunday, September 7, 2014

SAHABAT

                                               

Assalamualaikum korang semua .. wahh rindu gila nak conteng blog nih !! haha nih pon gara-gara takde idea nak menaip tuh yang jadi sunyi je blog nih (krik3) okay today saya nak menaip apa itu sahabat ? hmm sebenarnya sahabat ni dialah orang yang sentiasa ada bersama kita bila kita susah ataupon senang .. dia tak kira kat mana kita ada kt situ jugak lah dia sentiasa teman kita .. bila dah teman kita tuh tak bermakna kena sentiasa 24 jam bersama kita betul tak ?? hehe maksud saya dia sentiasa dihati kita , tak kesah lah jauh ke dekat yang penting ianya saling memerlukan .. tapi kan bagi sayalah sahabat itu lebih penting dari kekasih .. haaa nak tahu kenapa ?? tepuk dada tanya iman nanti korang akan dapat sendiri jawapannya .. okaylah senang citer korang akan rasa sahabat itu bermakna bila korang dah jumpa seseorang yang betul2 memahami .. bila ada yang memahami tuh tak semestinya kekasih .. tapi sebenarnya sahabat tuh lebih memahami diri kita .. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab saya dapat mengenali apa itu sebuah persahabatan , dan saya doakan supaya korang jugak akan bertemu apa itu sahabat ^^ .. aminn ~

Di awal detik permulaan
kita tidak saling bersamaan
diawal detik perkenalan
kita tidak saling menyatukan
diawal detik pertemuan
kita tidak saling mengenali

namun

hari silih berganti , siang silih berganti malam
minggu berganti bulan
putaran waktu terus menghilang
putaran waktu terus beredar

maka

mulalah terselit rasa mahabah
mulalah terpalit rasanya kasih
mulalah terpancar sinaran ukhwah
mulalah mengenal apa itu erti persahabatan

dalam mengharungi liku-liku ini

terkadang terselit rasa pedih
terkadang terselit rasa marah
terkadang terselit rasa gelisah

namun

kami tidak mudah melatah
hanya dengan sekecil mehnah
direntas penuh cekal dan tabah
diharung tanpa lemah dan rebah
ditempis tanpa resah dan gundah
kerana disitu telah lahir satu ikatan ukhwah
yang kian bercambah

kini
ku mulai sedari
kita akan terpisah
perpisahan ini datang tanpa diduga
perpisahan ini datang menerpa
titisan mutiara jernih menitis di pipi
sungguh tak tertahan sebak dihati

namun

itulah lumrah kehidupan
setiap pertemuan ada perpisahan
setiap permulaan ada pengakhiran

namun ku sedari

diakhir detik ini kita saling menguatkan
diakhir detik ini kita saling mengasihkan
diakhir detik ini kita saling mengingatkan

bahawa

perpisahan ini bukanlah selamanya
perpisahan ini cuma seketika , cuma sementara
selagi ukhwah ini tersemat di jiwa
selagi itulah kita bersama
selamanya kita tetap bersama
hingga ke syurga

terima kasih duhai sahabat
keranamu lah
ku kenal erti kematangan
keranamu lah
ku tak rapuh dengan godaan
keranamu lah
ku kenal erti kedewasaan
tatkala ku hampir jatuh
kau pautku dengan mutiara katamu
tatkala ku hampir terlena
kau kejutkan ku dengan mimpi yang panjang
duhai ilahi

doa dipanjat padaMu yang kuasa
agar ukhwah ini kekal selamanya
agar ukhwah ini tiada pengakhirannya
agar tiada tara diantara kita
sahabat selamanya

amin ya rabbal alamin......

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam  , adalah memliki SAHABAT yang soleh , jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya  , maka penganglah ia besungguh-sungguh" -Saidina Umar Al-Khattab-




-admin-

No comments: