Thursday, October 10, 2013

Luahan hati seorang pemimpin ..

Assalamualaikum korangg semua .. meh baca luahan hati seorang pemimpin yang sangat terharu bila membacanya .. jom sama-sama kita hayati :)

SEDIH DENGAN DOSA ..

Hatiku tidak susah di waktu aku dihina , aku tidak bersedih di waktu aku menderita , aku tidak sedih di waktu aku disisi , jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah .. aku tahu itu semua penghapusan dosa , tapi aku sedihkan dosa-dosa yang ku lakukan , orang yang sepertiku ini sudah pasti tidak terlepas daripadanya .. yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku , bahkan dosa-dosaku itu setiap hari memburuku , aku takut pintu syurga tertutup buatku , pintu neraka terbuka untukku .. aduh Tuhan tidak ada erti kekayaan , kesenangan kalau dosa tidak diampunkan .. itulah yang menganggu selalu wahai Tuhan , jiwaku tidak tenang dibuai oleh dosa-dosa itulah yang menganggu fikiranku , Tuhan maafkan , Tuhan ampunkanlah aku , kalau bukan dengan rahmatMu tapi dengan kemaafanMu ..

PERASAAN HATIKU ..

Entah apalagi lah perasaan hatiku yang berlaku setiap hari dalam hidupku .. cukuplah sekadar itu aku memberitahu kamu apa yang ada didalam hatiku , begitulah hatiku lebih sibuk dari fizikalku , bahkan diakhir ini fizikalku tak sibuk kerana keuzuranku namun hatiku tetap sibuk seperti yang telah ku beritahu padamu .. semoga apa yang ku tulis dipelihara Tuhan jauhi dari riak dari perkara yang merosakkan , kan ku tulis perasaan hatiku ini agar dapat dikongsi bersamamu .. semoga perasaanmu sama dengan perasaanku walaupun begitu aku bukan rasul , mahupun nabi tentu aku ini mempunyai kelemahan diri , kalau terjebak juga dengan riak , aku memohon ampun kepada Tuhanku .. dengan rahmatMu Tuhan maafkanlah diriku , dengan rahmatMu Tuhan jangan bertindak keatasku kerana kelemahanku aku berharap dengan rahmatMu Tuhan pimpinlah aku selalu .. AMIN ...

No comments: