Friday, August 9, 2013

BERTABAHLAH , ALLAH ITU SENTIASA DISISIMU ..

Hye semuaa .. lama dah kan sunyi je blog saya nieh sebab tak update pape pon .. sorrylah ye kawan-kawan sebab dah lama tak membebel dekat blog nieh .. heee .. okay sebelom raya habes , saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) .. okaylah sebenarnya saya cume nak share dekat korang pasal artikel yang menarik ! .. sejujurnya saya cuma menaip semula apa yang telah ditulis .. dah-dah takyah nak tahu sangat lah eh .. baca jee .. selamat beramal :)

SURAM ...
SESURAM GERIMIS DIHATI ..
MENGAPA KAU MENANGIS WAHAI DIRI ??
MERASAKAN DUNIA TAK LAGI BERERTI ..
ADAKAH KAU MERAGUI KASIHNYA ILAHI ?
MENGAPA TIDAK YAKIN ADANYA ALLAH BERSAMAMU ..

KAU MENCARI-MENCARI ..
MERABA-RABA DALAM GELAP HATIMU ..
BINGUNG , NANAR , DALAM RAMAI ..
TAK MENGERTI , MENGAPA INI YANG HARUS KAU HADAPI ..
KAU MENANTI , BILAKAH AKAN KAU PEROLEH APA YANG KAU HARAPKAN ..

MERASAKAN TUHAN TAK LAGI ENDAH PADAMU ..
TAK LAGI SUDI MEMANDANGMU ..
JANGAN BEGITU , WAHAI DIRI 
DENGARKAN APA KATA TUHANMU ..

"hai anak adam ! sesungguhnya engkau  , selama mana kau berdoa dan berharap kepadaku ..
aku ampuni bagi engkau diatas dosa yang ada pada engkau .. dan aku tidak peduli "

"hai anak adam ! kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit , kemudian itu engkau memohon keampunanku , nescaya aku ampuni bagi engkau "

" hai anak adam ! sesungguhnya engkau kalau engkau datang kepadaku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi ini , kemudian itu engkau menemani aku , padahal tiada engkau mempersekutukan aku dengan sesuatu ,  nescaya aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi (HR al-tirmizi)

WAHAI DIRI ENGKAU JIWA YANG BAIK ..
JIWA YANG RINDU ..
CUMA ENGKAU KELIRU ..
MENGAPA MASIH TERUS MENZALIMI DIRIMU ?
SEDANGKAN DIRIMU TAK BERHAK DISAKITI ..
JASAD DAN ROHMU ANUGERAH TERINDAH DARI ILAHI ..

MAKA MENGAPA TEGAR MASIH DILUKAI ..
ENGKAU JIWA BESAR YANG DIKASIHI TUHAN ..
ENGKAU JIWA HEBAT BERPOTENSI MENYENGAT ..
ENGKAU JIWA KEBAL YANG LALI PADA UJIAN ..

ENGKAU SEBENARNYA BERCITA-CITA TINGGI ..
LALU MENGAPA MEMILIH UNTUK TERUS DISAKITI ..
UNTUK TERUS DISAKIT ?
JANGAN BEGITU WAHAI DIRI ..
SUNGGUH , ENGKAU SENTIASA PUNYA 
ENGKAU SENTIASA PUNYA SATU LAGI PILIHAN ..
IAITU KEMBALI KEPADA LUASNYA KEINDAHAN KEHIDUPAN BERTUHAN ..

KEMBALI BERTEDUH DIBAWAH REDUP KASIH ILAHI ..
KEMBALI KEPADA DIA ..
USAH TAKUT WAHAI DIRI ..
BUKANKANKAH MEREKA BERSAMAMU ..?
MENYOKONGMU , MEMBIMBINGMU ..
TIKA KAU BERLATIH DIJALAN RAYA INI ..

YANG PASTI , ENGKAU TIDAK SENDIRI ..
KERANA MASIH ADA YANG MENYAYANGIMU ..

"dan dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yg beriman) walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi nescaya kamu tidak dapat mepersatukan hati mereka " sungguh dia maha perkasa , maha bijaksana "

OLEH ITU , YAKINLAH DAN TEGUHKAN DERAPAN ..
LANGKAHMU DIJALAN INI ..
YAKIN ALLAH BERSAMAMU DISETIAP LANGKAHMU ..

"dan janganlah kamu (merasa) lemah , dan jangan pula bersedih hati , kerana kamu paling tinggi (darjat)nya
jika kamu orang paling beriman (al-imran :139)"

okaylah dah baca kan ? perhh dah mengantuk mata penat menaip , tido dulu ye kawan-kawan nanti saya update lagi .. wassalam :)





2 comments: