Sunday, January 29, 2012

ALLAH tuhanku ..

Allah ,(Bahasa Arab: الله‎ Allāh, IPA: [ʔalˤːɑːh] ( listen)), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan Allah ber asal Dari gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.[1]
Di Indonesia dan Malaysia, terjemahan Kitab Bible dalam bahasa tempatan menggunakan perkataan "Allah" bagi menggambarkan God the Father walaupun dalam pengucapan seharian mereka lebih gemar menggunakan perkataan "Tuhan", "Lord" atau "God".
Dalam terjemahan kitab Bible versi bahasa Melayu contohnya, perkataan "Allah" digunakan sebagai ganti kepada perkataan Bahasa Inggeris "God", dan ini masih lagi diperdebatkan. Impak jangka panjang jika ini dibenarkan adalah sangat besar dari apa yang sesetengah orang jangkakan, kerana terjemahan lain seperti the Pagan gods atau Zeus, King of the God boleh diterjemahkan sebagai allah-allah Pagan juga Zeus, Raja Segala Allah.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilaah) memberi erti Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari "al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang Esa.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Muhammad. Islam menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun.

No comments: