Thursday, November 21, 2013

10 Trik hidup ceria bebas berpenyakit !




hye korang semua hari nieh saya muncul lagi dekat blog nieh , hehe nak buat ape ? nak sharing dekat koranglah pasal ape yg saya baru dapat .. :) hah nak tahu ape ? okay mehh sama-sama baca dekat bawah nieh yerk :D

1) BEBAS GULA 
gula adalah zat yang menyebabkan tubuh memproduksi hormon insulin yang sangat tinggi , dikenali sebagai insulin spike .. tubuh memproduksi insulin agar gula dapat segera dimasukkan kedalam sel tubuh .. apabila tubuh dipaksa terus-menerus menerima gula pada kadar tinggi , maka fungsi insulin pon menjadi berkurang .. akibatnya kita berisiko menderita kegemukan , diabetes , penyakit jantung , koroner , hiperfensi dan stroke ..

2) KARBOHIDRAT KOMPLES
karbohidrat komples adalah karbohidrat yang kaya dengan serat .. maksudnya pelepasan gula dalam darah akan stabil .. contohnya makanan yang kaya dengan karbohidrat adalah beras merah . roti gandum dan kentang .. beras merah mengandungi vitamin B komples dan serat yang sangat penting untuk proses pergolahan tenaga dan pencemaran .. makanan-makanan yang kaya dengan karbohidrat akan mengekalkan tubuh yang langsing dan dapat mengelakkan selulit ..

3) BUAH-BUAHAN
makan buah sebelum makan .. makanan sampingan yang terbaik untuk tubuh adalah buah .. dalam sehari , setidaknya kita harus makan dua jenis buah , tiga kali sehari .. makan buah berupaya mencuci usus dan secara automatik metabolisme tubuh juga akan naik .. kenapa harus ambil buah sebelum makan ? perut akan terisi terlebih dahulu , jadi vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu proses pergolahan sumber tenaga yang dimakan .. makan buah pada kadar yang sepatutnya mampu mengurangi risiko kanser , osteoporosis dan berbagai-bagai lagi penyakit lain ..

4) BEBAS MINYAK GORENGAN 
kadar lemak yang dihasilkan melalui proses pergorengan akan meningkatkan kadar kolestrol jahat dalam darah .. kolestrol jahat inilah penyumbang penyakit jantung , hipertensi , dan penyakit degeneratif lain .. awas makanan bergoreng yang diambil kerap juga meningkatkan peluang menghidap kanser paru-paru ..

5) BERSUKAN 
tidak perlu ke gym atau melakukan sukan ekstrem setiap hari .. pilih senaman ringan atau apa-apa saja yang boleh membuat korang happy .. contohnya berjalan kaki , mengelilingi shopping complex sebelum membeli barang .. itu pun mampu memberi kesihatan yang baik untuk korang ..

6) TERLALU STRESS 
hormon kortisol yang keluar ketika stress akan merangsang nafsu makan , memperlambatkan metabolisme , dan meningkatkan kadar lemak di perut .. relaksasi seperti mendengar muzik atau beriar-siar ditaman rekreasi dapat mengurangkan stress .. lakukan salah satu aktiviti ini minima 10-15 minit setiap hari .. korang akan bebas daripada stress yang kadang kala mengundang lebih banyak penyakit ..

7) TIDUR SECUKUPNYA 
sebuah kajian di amerika syarikat menyatakan , kurang tidur akan menungkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang , kajian lain menambah , orang yang tidurnya kurang dari 4jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti 73% lebih tinggi berbanding orang yang tidur 7-9 jam sehari ..

8) MINUM SUSU
perempuan yang mengambil yogurt bebas lemak , keju atau susu rendah lemak 3-4 kali sehari mampu mengusir 705 lemak dari tubuhnya .. kalsium dan susu berperanan sebagai agen yang memerintah tubuh yang membakar kelebihan lemak .. minumlah segelas susu bebas lemak ketika sarapan , segelas yogurt rendah lemak pada siang hari , dan segelas susu bebas lemak sebelah petangnya ..

9) HADKAN LEMAK 
hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak .. begitu juga dengan minyak , penggunaanya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit .. tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak .. antara yang boleh dipilih ialah sandwich , bertih jagung ataupon popia basah .. tiada masalah jika sesekali mahu makan diluar .. apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil ..

10) PENGAMBILAN PROTEIN
jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein .. namun sebelum itu , pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu .. korang boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul .. untuk itu apa kata masak dengan cara memanggang , membakar atau mengukus ..

heee okaylah korang dah faham kan ? okay untuk itu saya nak nasihatkan dekat korang , kenalah pandai ambil pemakan secara seimbang iaitu secara sihat .. bila kita sihat , otak cerdas pemikiran pon akan jadi lebih cergas .. tuh saja yang nak saya sharing dekat korang pada hari ini .. okay .. wassalam :)



Saturday, November 9, 2013

Renunglah hati (lirik nasyid)


hey korang saya muncul lagi .. hehe .. hari nieh takde ape yang nak saya update just nak sharing dekat korang semua lirik nasyid dekat blog saya nieh .. hah kalau korang ade yang nak lirik dye meh saya bagi kat bawah nieh , so salinlah yerk :)



Renunglah selalu hati kita ..
kerana ia sumber kebaikan dan kejahatan ..
wadah kekufuran dan keimanan ..
rebutan diantara malaikat dan syaitan ..
hati perasaannya sangat halus ..
sentuhannya tiada terasa tapi sangat memberi kesan ..
didalam kehidupan kita ..
siapa yang arif perjalanan hatinya ..
faham kebaikan dan kejahatannya ..
bersungguh-sungguh bermujahadah ..
membuang kejahatannya diganti segera dengan kebaikan ..
pasti selamat dari tipuan syaitan dan dunia ..
ramai yang tidak faham perjalanan hatinya ..
terima saja yang baik dan buruknya ..
kemudian merasakan yang baik semuanya ..
tiada terasa lagi membuat dosa ..
disinilah perlunya pimpinan mursyid ..
yang mengenal hati manusia ..
yang mampu mengajar dan mendidik ..
agar kita tidak tersasar ..
jagalah hati ia hakikat diri dari mazmumah yang merosakkan diri ..
hiasi hati dengan sifat yang suci inilah dia "HATI MUKMIN SEJATI"

huhu hah dah dapat lirik dye ? okay kalau dah dapat baguslah , saya harap korang faham apa maksud nasyid nieh okay .. semoga ianya akan terus masuk kedalam hati kita :) .. okaylah korang tuh je untuk saya update pada hari nieh .. ilaliqa' (^_^)

Thursday, November 7, 2013

No Title .. boleh ?



hye semua , ape khabar sehat ? ade yang sakit tak ? kalau ada yang sakit pegi makan ubat ye , pastu nanti dah sehat baru baca blog saya okay ;) .. hehe lama betol kan blog saya nieh jadi "rumah terbiar" haha cenggitulah kononnya tapi sebenarnya "blog terbiar' hehe tak seram lah pulak .. keh keh keh .. walaweh korang ade tak yang rindu nak baca blog saya ? kalau ade cuba angkat tangan sikit ;) hehe .. saya tak ada nak tulis apa pon hari nieh so nak membebel kejap iyolah orang baru update blog lah katakan hehe .. kalau korang perasan blog lama saya tema dye warna purple kan ? haaaa ace tengok yang new ... santek tak ? warna biru hitam .. haha .. okay jujurlah dari diri saya sendiri tak santek pon macam blog kome semua .. hehe just simple-simple jea malas nak wat santek-santek haha .. takut nanti berat blog nieh and kemudian korang taknak dah singgah blog saya lagi sebab ape ? sebab dah berat so slow ~ so sad .. ekeke gurau je .. taknak baca dan singgah pon takpe saya tak marah ^_^ , yela hak membaca hak korang kan ? so suke hati koranglah nak baca ke idok yerk ? haha ..tapi kepada yang sudi singgah tuh saya nak cakap syukran , thank you dan terima kaseh sebab jadi peneman setia baca blog nih :) .. fuhhh tak sangka kan dah nak abes dah tahun 2013 , so 2014 is coming soon .. waaa tualah saya jawabnya tahun depan sebab umur nak masuk 20 tahun .. OMK (oh mak kau) hahaha .. beselah tuh makin hari , kita makin tua bukan makin muda yerk ? so saya kenalah terima kenyataan bahawasanya tahun depan saya dah tua :O hahah .. eh okaylah korang mata dan ngantok plak *ayat bohong sunat sebenanya tak tahu nak taip apa dah .. heee jangan marah , opss maafkan saya ye kawan-kawan semua .. nanti saya update lagi okay ? bila ? oh itu saya tak janji make sure korang rajinlah singgah yerk :) .. wassalam ..

Thursday, October 10, 2013

Luahan hati seorang pemimpin ..

Assalamualaikum korangg semua .. meh baca luahan hati seorang pemimpin yang sangat terharu bila membacanya .. jom sama-sama kita hayati :)

SEDIH DENGAN DOSA ..

Hatiku tidak susah di waktu aku dihina , aku tidak bersedih di waktu aku menderita , aku tidak sedih di waktu aku disisi , jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah .. aku tahu itu semua penghapusan dosa , tapi aku sedihkan dosa-dosa yang ku lakukan , orang yang sepertiku ini sudah pasti tidak terlepas daripadanya .. yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku , bahkan dosa-dosaku itu setiap hari memburuku , aku takut pintu syurga tertutup buatku , pintu neraka terbuka untukku .. aduh Tuhan tidak ada erti kekayaan , kesenangan kalau dosa tidak diampunkan .. itulah yang menganggu selalu wahai Tuhan , jiwaku tidak tenang dibuai oleh dosa-dosa itulah yang menganggu fikiranku , Tuhan maafkan , Tuhan ampunkanlah aku , kalau bukan dengan rahmatMu tapi dengan kemaafanMu ..

PERASAAN HATIKU ..

Entah apalagi lah perasaan hatiku yang berlaku setiap hari dalam hidupku .. cukuplah sekadar itu aku memberitahu kamu apa yang ada didalam hatiku , begitulah hatiku lebih sibuk dari fizikalku , bahkan diakhir ini fizikalku tak sibuk kerana keuzuranku namun hatiku tetap sibuk seperti yang telah ku beritahu padamu .. semoga apa yang ku tulis dipelihara Tuhan jauhi dari riak dari perkara yang merosakkan , kan ku tulis perasaan hatiku ini agar dapat dikongsi bersamamu .. semoga perasaanmu sama dengan perasaanku walaupun begitu aku bukan rasul , mahupun nabi tentu aku ini mempunyai kelemahan diri , kalau terjebak juga dengan riak , aku memohon ampun kepada Tuhanku .. dengan rahmatMu Tuhan maafkanlah diriku , dengan rahmatMu Tuhan jangan bertindak keatasku kerana kelemahanku aku berharap dengan rahmatMu Tuhan pimpinlah aku selalu .. AMIN ...

Saturday, September 7, 2013

kisah nabi yunus




hye semuaa .. sehat ? hari nieh saya nak jadi cikgu tadika kejap .. hehe sebab ape ? sebab nak bercerita tentang nabi yunus .. huhu kalau sape-sape yang sudi nak dengar tuh meh lah baca yerk ;) ..

Tidak banyak yang dikisahkan oleh Al-Quran tentang Nabi Yunus sebagaimana yang telah dikisahkan tentang nabi-nabi Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus ialah bahawa beliau bernama Yunus bin Matta. Ia telah diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Ia merupakan seorang asing mendatang di tengah-tengah penduduk Ninawa itu. Ia menemui mereka berada di dalam kegelapan, kebodohan dan kekafiran, mereka menyembah berhala menyekutukan kepada Allah s.w.t..

Yunus membawa ajaran tauhid dan iman kepada mereka, mengajak mereka agak menyembah kepada Allah s.w.t. yang telah menciptakan mereka dan menciptakan alam semesta, meninggalkan persembahan mereka kepada berhala-berhala yang mereka buat sendiri dari batu dan berhala-berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka. Ia memperingatkan mereka bahawa mereka sebagai manusia makhluk Allah s.w.t. yang utama yang memperoleh kelebihan di atas makhluk-makhluk yang lain tidak sepatutnya merendahkan diri dengan menundukkan dahi dan wajah mereka menyembah batu-batu mati yang mereka pertuhankan, padahal itu semua buatan mereka sendiri yang kadang-kadang dan dapat dihancurkan dan diubah bentuk dan memodelnya. Ia mengajak mereka berfikir memperhatikan ciptaan Allah s.w.t. di dalam diri mereka sendiri, di dalam alam sekitar untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan pencipta itulah yang patut disembah dan bukannya benda-benda ciptaannya.

Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya. Kerananya mereka tidak dapat menerimanya untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka yang sudah menjadi adat kebiasaaan mereka turun temurun. Apalagi pembawa agama itu adalah seorang asing tidak seketurunan dengan mereka. Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu? Engkau adalah seorang yang ditengah-tengah kami yang datang untuk merusakkan adat istiadat kami dan mengubah agama kami dan apakah kelebihan kamu diatas kami yang memberimu alasan untuk mengurui dan mengajar kami. Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau tidak akan dapat pengikut diantara kami dan bahawa ajaranmu tidak akan mendapat pasaran di antara rakyat Ninawa yang sangat teguh mempertahankan tradisi dan adat istiadat orang-orang tua kami."

Barkata Nabi Yunus menjawab: "Aku hanya mengajak kamu beriman dan bertauhid menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t. yang wajib ku sampaikan kepadamu. Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah s.w.t. untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan menuntun kamu ke jalan yang benar dan lurus menyampaikan kepada kamu agama yang suci bersih dari benih-benih kufur dan syirik yang merendahkan martabat manusia yang semata-mata untuk kebaikan kamu sendiri dan kebaikan anak cucumu kelak. Aku sesekali tidak mengharapkan sesuatu upah atau balas jasa daripadamu dan tidak pula menginginkan pangkat atau kedudukan. Aku tidak dapat memaksamu untuk mengikutiku dan melaksanakan ajaran-ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan ajakanku, tetap menolak agama Allah s.w.t. yang aku bawa, tetap mempertahankan akidahmu dan agamamu yang bathil dan sesat itu, nescaya Allah s.w.t. kelak akan menunjukkan kepadamu tanda-tanda kebenaran risalahku dengan menurunkan azab seksa-Nya di atas kamu sebagaimana telah dialami oleh kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu.

Mereka menjawab peringatan Nabi Yunus dengan tentangan seraya mengatakan: "Kami tetap menolak ajakanmu dan tidak akan tunduk pada perintahmu atau mengikut kemahuanmu dan sesekali kami tidak akan takut akan segala ancamanmu. Cubalah datangkan apa yang engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami." Nabi Yunus tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah s.w.t. untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Sepeninggalan Nabi Yunus penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah s.w.t. akan benar-benar jatuh di atas mereka membawa kehancuran dan kebinasaan sebagaimana yang telah dialami oleh kaum musyrikin penyembah berhala sebelum mereka. Mereka melihat keadaan udara disekeliling Ninawa makin menggelap, binatang-binatang peliharaan mereka nampak tidak tenang dan gelisah, wajah-wajah mereka tanpa disedari menjadi pucat tidak berdarah dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan.

Dalam keadaan panik dan ketakutan, sedarlah mereka bahawa Yunus tidak berdusta dalam kata-katanya dan bahawa apa yang diancamkan kepada mereka bukanlah ancaman kosong buatannya sendiri, tetapi ancaman dari Tuhan. Segeralah mereka menyatakan taubat dan memohon ampun atas segala perbuatan mereka, menyatakan beriman dan percaya kepada kebenaran dakwah Nabi Yunus seraya berasa menyesal atas perlakuan dan sikap kasar mereka yang menjadikan beliau marah dan meninggalkan daerah itu.

Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah s.w.t. agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya. Ibu binatang-binatang peliharaan mereka dipisahkan dari anak-anaknya sehingga terdengar suara teriakan binatang-binatang yang terpisah dari ibunya seolah-olah turut memohon keselamatan dari bencana yang sedang mengancam akan tiba menimpa mereka.
Allah yang Maha Mengetahui bahawa hamba-hamba-Nya itu jujur dalam taubatnya dan rasa sesalannya dan bahawa mereka memang benar-benar dan hatinya sudah kembali beriman dan dari hatinya pula memohon dihindarkan dari azab seksa-Nya, berkenan menurunkan rahmat-Nya dan mengurniakan maghfirat-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang dengan tulus ikhlas menyatakan bertaubat dan memohon ampun atas segala dosanya. Udara gelap yang meliputi Ninawa menjadi terang, wajah-wajah yang pucat kembali merah dan berseri-seri dan binatang-binatang yang gelisah menjadi tenang, kemudian kembalilah orang-orang itu ke kota dan kerumah masing-masing dengan penuh rasa gembira dan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah berkenan menerima doa dan permohonan mereka.

Berkatalah mereka didalam hati masing-masing setelah merasa tenang, tenteram dan aman dari malapetaka yang nyaris melanda mereka: "Di manakah gerangan Yunus sekarang berada? Mengapa kami telah tunduk kepada bisikan syaitan laknatullah dan mengikuti hawa nafsu, menjadikan dia meninggalkan kami dengan rasa marah dan jengkel kerana sikap kami yang menentang dan memusuhinya. Alangkah bahagianya kami andaikan ia masih berada di tengah-tengah kami menuntun dan mengajari kami hal-hal yang membawa kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat. Ia adalah benar-benar rasul dan nabi Allah yang telah kami sia-siakan. Semoga Allah s.w.t. mengampuni dosa kami."

Adapun tentang keadaan Nabi Yunus yang telah meninggalkan kota Ninawa secara mendadak, maka ia berjalan kaki mengembara naik gunung turun gunung tanpa tujuan. Tanpa disadari ia tiba-tiba berada disebuah pantai melihat sekelompok orang yang lagi bergegas-gegas hendak menumpang sebuah kapal. Ia minta dari pemilik kapal agar diperbolehkan ikut serta bersama lain-lain penumpang. Kapal segera melepaskan sauhnya dan meluncur dengan lajunya ke tengah laut yang tenang. Ketenangan laut itu tidak dapat bertahan lama, kerana sekonyong-konyong tergoncang dan terayunlah kapal itu oleh gelombang besar yang datang mendadak diikuti oleh tiupan angin taufan yang kencang, sehingga menjadikan juru mudi kapal berserta seluruh penumpangnya berada dalan keadaan panik ketakutan melihat keadaan kapal yang sudah tidak dapat dikuasai keseimbangannya.

Para penumpang dan juru mudi melihat tidak ada jalan untuk menyelamatkan keadaan jika keadaan cuaca tetap mengganas dan tidak mereda, kecuali dengan jalan meringankan beban berat muatan dengan mengorbankan salah seorang daripada para penumpang. Undian lalu dilaksanakan untuk menentukan siapakah di antara penumpang yang harus dikorbankan. Pada tarik pertama keluarlah nama Yunus, seorang penumpang yang mereka paling hormati dan cintai, sehingga mereka semua merasa berat untuk melemparkannya ke laut menjadi mangsa ikan.

Kemudian diadakanlah undian bagi kali kedua dengan masing-masing penumpang mengharapkan jangan sampai keluar lagi nama Yunus yang mereka sayangi itu, namun melesetlah harapan mereka dan keluarlah nama Yunus kembali pada undian yang kedua itu. Demikianlah bagi undian bagi kali yang ketiganya yang disepakati sebagai yang terakhir dan yang menentukan nama Yunuslah yang muncul yang harus dikorbankan untuk menyelamatkan kapal dan para penumpang yang lain. Nabi Yunus yang dengan telitinya memperhatikan sewaktu undian dibuat merasa bahawa keputusan undian itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tidak dapat ditolaknya yang mungkin didalamnya terselit hikmah yang ia belum dapat menyelaminya. Yunus sedar pula pada saat itu bahawa ia telah melakukan dosa dengan meninggalkan Ninawa sebelum memperoleh perkenan Allah s.w.t., sehingga mungkin keputusan undian itu adalah sebagai penebusan dosa yang ia lakukan itu. Kemudian ia beristikharah mengheningkan cipta sejenak dan tanpa ragu segera melemparkan dirinya ke laut yang segera diterima oleh lipatan gelombang yang sedang mengamuk dengan dahsyatnya di bawah langit yang kelam-pekat.

Selagi Nabi Yunus berjuang melawan gelombang yang mengayun-ayunkannya, Allah s.w.t. mewahyukan kepada seekor ikan paus untuk menelannya bulat-bulat dan menyimpangnya di dalam perut sebagai amanat Tuhan yang harus dikembalikannya utuh tidak tercedera kelak bila saatnya tiba. Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus yang membawanya memecah gelombang timbul dan tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya memohon ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa dan tindakan yang salah yang dilakukannya tergesa-gesa. Ia berseru didalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."

Setelah selesai menjalani hukuman Allah s.w.t., selama beberapa waktu yang telah ditentukan, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan paus itu yang mengandungnya dan dilemparkannya ke darat. Ia terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah dan sakit. Akan tetapi Allah s.w.t. dengan rahmat-Nya menumbuhkan di tempat ia terdampar sebuah pohon labu yang dapat menaungi Yunus dengan daun-daunnya dan menikmati buahnya. Nabi Yunus setelah sembuh dan menjadi segar kembali diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar pergi kembali mengunjungi Ninawa di mana seratus ribu lebih penduduknya menharapkan kedatangannya untuk memimpin mereka dan memberi tuntunan lebih lanjut untuk menyempurnakan iman dan aqidah mereka. Dan alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk Ninawa dan tidak melihat satu pun patung berhala berdiri. Sebaliknya ia menemui orang-orang yang dahulunya berkeras kepala menentangnya dan menolak ajarannya dan kini sudah menjadi orang-orang mukmin, soleh dan beribadah memuja-muji Allah s.w.t.

Cerita tentang Yunus terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran dalam surah Yunus ayat 98, surah Al-Anbiaa' ayat 87, 88 dan surah Ash-Shaffaat ayat 139 sehingga ayat 148. 

seronok tak dengar kisah nabi yunus ? jom kita dengar sama-sama nasyid kisah nabi yunus :)


Saturday, August 17, 2013

Sifat dan Karakter Manusia Berdasarkan Bulan Lahir


hye semuaa .. hari nieh saya muncul lagi dekat blog nieh nak sharing dekat korang semua .. meh baca sama-sama kt bawah nieh .. :)



1. JANUARI

  • Suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat selalu menghasilkan keuntungan.
  • Suka berbenah atau bersih-bersih dan hal-hal yang serba teratur.
  • Bersifat sensitif, berpikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mendambakan tumpuan yang boleh dipercayai
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sehat tetapi mudah diserang flu.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memamerkannya atau memperhatikannya.
  • Cukup sayang pada anak-anak.
  • Suka berdiam di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar untuk hidup bersosialisasi.
  • Mempunyai rasa cemburu yang sangat tinggi.
2. FEBRUARI

  • Berpikir abstrak.
  • Suka pada benda yang real dan abstrak.
  • Inteligent, bijak dan jenius.
  • Memiliki kepribadian yang mudah berubah.
  • Mudah menawan hati orang lain.
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai tujuan.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah memamerkan dan memperlihatkan amarahnya.
  • Suka berkawan tapi kurang memamerkannya.
  • Sangat berani dan suka berangan-angan.
  • Optimis untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhati yang tajam.
  • Suka hiburan dan suka akan benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalamannya tetapi tidak pada luarannya.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Harus belajar untuk memamerkan emosi.
3. MAC

  • Berkepribadian yang menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik, jujur dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam sekitar.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka kepada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjanya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat baik hati.
  • Tahu membalas dan mengenang budi orang.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk mendendam jika tidak dikontrol.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumah tangga.
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik.
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan bagus.
  • Terlalu moody.
4. APRIL

  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai memanjakan diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatis (pandai memmujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang).
  • Sangat berani dan tidak ada perasaan takut.
  • Suka petualangan, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik, try to control the emotion.
  • Kecenderungan bersifat dendam.
  • Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yag sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu.
5. MEI

  • Kekerasan hati dan degil.
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikontrol.
  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental dan fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan-angan.
  • Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bagian telinga dan leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayal yang tinggi.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastra, seni dan muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk atau diam di rumah.
  • Tidak punya banyak anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros.
6. JUN

  • Berfikiran jauh dan berwawasan.
  • Mudah digunakan atau dimanfaatkan orang karena sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala’
  • Bersikap sensitif.
  • Otaknya aktif senantiasa berfikir.
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menunda-nunda.
  • Bersikap terlalu memilih dan selalu mau yang terbaik.
  • Cepat marah dan cepat sejuk.
  • Suka berbicara dan berdebat.
  • Suka membuat lawak dan bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan –angan.
  • Mudah dan pandai berkawan.
  • Orang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah terkena influensa.
  • Cepat merasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat sembuh apabila hatinya terluka.Mudah menjadi eksekutif.
  • Mempunyai prinsip:siapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
7. JUL

  • Sangat senang apabila didampangi.
  • Banyak berahasia dan sukar dimengerti, terutama lelaki.
  • Agak pendiam.
  • Mudah dipujuk.
  • Sangat menjaga hati atau perasaan orang lain.
  • Sangat ramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Membimbing secara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, pengasih serta penyayang.
  • Melayani semua orang dengan sama.
  • Daya simpati yang tinggi.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka suka mengenang peristiwa atau kawan lama.
  • Suka duduk atau diam di rumah.
  • Suka menunggu kawan tapi tidak mencari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesehatan perut.
  • Mudah gemuk apabila tidak mengontrol makanan melalui diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Rajin dalam bekerja.
8. OGOS

  • Suka bergurau.
  • Sopan santun dan perhatian terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak mengenal kata takut.
  • Orangnya agak tegas dan bersikap kepemimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah dan bursikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Haus akan pujian.
  • Semangat juangan yang luar biasa.
  • Sangat cemburu.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin dan dipimpin.
  • Sifat suka berangan-angan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
  • Cepat ditimpa penyakit ringan.
  • Belajar untuk relax.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih, penyayang.
  • Suka mencari kawan.
9. SEPTEMBER

  • Sangat sopan santun.
  • Sangat cermat, teliti dan teratur.
  • Suka menegur kesalahan orang lain dan mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai dalam bercakap – cakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif tetapi tidak diketahui.
  • Orang yang banyak berfikir.
  • Otak bijak dan mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kontrol diri untuk tidak terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi ) kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka akan hiburan dan melancong.
  • Kurang menunjukan perasaannya.
  • Luka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sistematik.
10. OKTOBER

  • Menyukai orang yang suka kepadanya.
  • Suka mengambil jalan tengah.
  • Sangat sangat menawan dan sopan santun.
  • Kecantikan luar dan dalam.
  • Tidak pandai berbohong dan berpura – pura.
  • Mudah rasa simpati, baik, lebih mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dariperspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan dan pandai bercakap.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan).
  • Suka melancong , bidang sastra dan seni.
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
  • Romantik dalam prcintaan.
  • Mudah terusik hati dan cemburu.
  • Suka kegiatan luar.
  • Orang yang adil.
  • Boros dan mudah dipengeruhi sekitarnya.
  • Mudah patah semangat.
11. NOVEMBER

  • Banyak idea.
  • Sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya.
  • Berpikiran ke depan.
  • Berikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea – idea baru yang luar biasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Bagus untuk jadi dokter.
  • Cermat dan teliti.
  • Sifat yang berahasia, pandai mengorek dan mencari rahasia.
  • Banyak berfikir, kurang bicara tetapi mesra.
  • Berani, pemurah, setia, dan sabar.
  • Apabila mahu akan diusahakan sehingga berhasil.
  • Tidak suka marah kecuali digugat.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak menghargai pujian.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahasia.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
12. DESEMBER

  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Senang apabila didampingi.
  • Suka bergaul dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
  • Sangat jujur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah.
  • Perangai yang berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
  • Benci apabila dikongkong.
  • Berfikir dengan logik.

Friday, August 9, 2013

BERTABAHLAH , ALLAH ITU SENTIASA DISISIMU ..

Hye semuaa .. lama dah kan sunyi je blog saya nieh sebab tak update pape pon .. sorrylah ye kawan-kawan sebab dah lama tak membebel dekat blog nieh .. heee .. okay sebelom raya habes , saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :) .. okaylah sebenarnya saya cume nak share dekat korang pasal artikel yang menarik ! .. sejujurnya saya cuma menaip semula apa yang telah ditulis .. dah-dah takyah nak tahu sangat lah eh .. baca jee .. selamat beramal :)

SURAM ...
SESURAM GERIMIS DIHATI ..
MENGAPA KAU MENANGIS WAHAI DIRI ??
MERASAKAN DUNIA TAK LAGI BERERTI ..
ADAKAH KAU MERAGUI KASIHNYA ILAHI ?
MENGAPA TIDAK YAKIN ADANYA ALLAH BERSAMAMU ..

KAU MENCARI-MENCARI ..
MERABA-RABA DALAM GELAP HATIMU ..
BINGUNG , NANAR , DALAM RAMAI ..
TAK MENGERTI , MENGAPA INI YANG HARUS KAU HADAPI ..
KAU MENANTI , BILAKAH AKAN KAU PEROLEH APA YANG KAU HARAPKAN ..

MERASAKAN TUHAN TAK LAGI ENDAH PADAMU ..
TAK LAGI SUDI MEMANDANGMU ..
JANGAN BEGITU , WAHAI DIRI 
DENGARKAN APA KATA TUHANMU ..

"hai anak adam ! sesungguhnya engkau  , selama mana kau berdoa dan berharap kepadaku ..
aku ampuni bagi engkau diatas dosa yang ada pada engkau .. dan aku tidak peduli "

"hai anak adam ! kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit , kemudian itu engkau memohon keampunanku , nescaya aku ampuni bagi engkau "

" hai anak adam ! sesungguhnya engkau kalau engkau datang kepadaku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi ini , kemudian itu engkau menemani aku , padahal tiada engkau mempersekutukan aku dengan sesuatu ,  nescaya aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi (HR al-tirmizi)

WAHAI DIRI ENGKAU JIWA YANG BAIK ..
JIWA YANG RINDU ..
CUMA ENGKAU KELIRU ..
MENGAPA MASIH TERUS MENZALIMI DIRIMU ?
SEDANGKAN DIRIMU TAK BERHAK DISAKITI ..
JASAD DAN ROHMU ANUGERAH TERINDAH DARI ILAHI ..

MAKA MENGAPA TEGAR MASIH DILUKAI ..
ENGKAU JIWA BESAR YANG DIKASIHI TUHAN ..
ENGKAU JIWA HEBAT BERPOTENSI MENYENGAT ..
ENGKAU JIWA KEBAL YANG LALI PADA UJIAN ..

ENGKAU SEBENARNYA BERCITA-CITA TINGGI ..
LALU MENGAPA MEMILIH UNTUK TERUS DISAKITI ..
UNTUK TERUS DISAKIT ?
JANGAN BEGITU WAHAI DIRI ..
SUNGGUH , ENGKAU SENTIASA PUNYA 
ENGKAU SENTIASA PUNYA SATU LAGI PILIHAN ..
IAITU KEMBALI KEPADA LUASNYA KEINDAHAN KEHIDUPAN BERTUHAN ..

KEMBALI BERTEDUH DIBAWAH REDUP KASIH ILAHI ..
KEMBALI KEPADA DIA ..
USAH TAKUT WAHAI DIRI ..
BUKANKANKAH MEREKA BERSAMAMU ..?
MENYOKONGMU , MEMBIMBINGMU ..
TIKA KAU BERLATIH DIJALAN RAYA INI ..

YANG PASTI , ENGKAU TIDAK SENDIRI ..
KERANA MASIH ADA YANG MENYAYANGIMU ..

"dan dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yg beriman) walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi nescaya kamu tidak dapat mepersatukan hati mereka " sungguh dia maha perkasa , maha bijaksana "

OLEH ITU , YAKINLAH DAN TEGUHKAN DERAPAN ..
LANGKAHMU DIJALAN INI ..
YAKIN ALLAH BERSAMAMU DISETIAP LANGKAHMU ..

"dan janganlah kamu (merasa) lemah , dan jangan pula bersedih hati , kerana kamu paling tinggi (darjat)nya
jika kamu orang paling beriman (al-imran :139)"

okaylah dah baca kan ? perhh dah mengantuk mata penat menaip , tido dulu ye kawan-kawan nanti saya update lagi .. wassalam :)