Monday, June 11, 2012

APA YANG LEBIH BAIK ?

assalamualaikum .. huhu .. lame dah sis tak update blog kan ? hehe .. yelahh nak buat macam mane .. sis busy sangat-2 .. tade mase nak fokus dekat blogger je .. hehe .. hari nieh sis tade nak buat ape jadi sis ade sket artikel yang nak dikongsikan bersama kawan-2 .. okayy selamat membaca .. :) Setiap hari, dimana sahaja dan oleh siapa sahaja sering mengungkapkan rangkai kata




‘Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Rangkai kata motivasi ini boleh dihafal oleh pelajar tadika kerana memang ringkas, mudah diingati dan diungkapkan. Andainya tidak difahami ‘apa yang lebih baik’ nescaya ungkapan itu hanya menjadi slogan halwa telinga. Sedap didengar tetapi kosong dari pengertian. Sama macam kita mendengar lagu Hindustan yang melodinya amat menarik tetapi kita tidak faham makna lirik lagunya. Kalau lirik lagu Hindustan itu mengutuk kita, pun kita masih mengangguk seronok mengikut rentak lagunya. Claus ringkas ini kalau kita tanya apa maksudnya kepada seratus orang, mungkin kita akan mendapat seratus jawapan yang berbeza malah mungkin bercanggah. Oleh yang demikian, elok rasanya ada pihak yang memberi penjelasan kepada semua agar ianya tidak tinggal menjadi lirik lagu ‘Hindustan.’ Disini saya juga tidak bercadang menghuraikan panjang lebar mengenai berbagai aspek yang perlu sentiasa meningkat ditahap yang ‘lebih baik.’ Saya sekadar mahu memberikan
aspek-aspek yang sewajarnya diberi tumpuan untuk peningkatan dari semasa ke semasa diantaranya:


1:Iman. Perlu diusahakan hingga sampai ke peringkat yang disebut oleh Allah swt dalam Surah Al Anfaal ayat 2, bermaksud, ‘Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman iaitu apabila disebut nama Allah gementar hatinya.’ Allah swt sebut satu sahaja sifat orang beriman sebagai contoh iaitu rasa gementar. Sedangkan rasa bertuhan itu tidak terhingga banyaknya.

2:Taqwa. Berusaha agar hati benar-benar memelihara, menjaga dan mengawasi hubungan dengan Tuhan setiap masa. Kesan dari itu hingga menjadi seorang yang taat dalam taat. Ertinya batin yang kuat rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Manakala zahirnya tunduk dan taat kepada Allah swt dengan bersyariat.

3:Nafsu. Segala keinginan dan kemahuan hendaklah dijinakkan, ditundukkan, dikawal hingga selaras, selari dan sesuai dengan kehendak Allah swt. Perlu berusaha mencapai tahap nafsu mutmainnah, nafsu atau keinginan yang tetap, tenang dan tidak lagi goyah melainkan semuanya positif selaras dan selari dengan suruhan dan kehendak Allah swt.

4:Ilmu. Perlu bersikap rajin dalam menguasai berbagai ilmu pengetahuan. Namun jangan tertinggal menguasai ilmu asas atau ilmu fardhu ain yang menjamin segala ibadah serta ketaatan kepada Allah swt itu sah.

5:Akhlak. Maksud akhlak ialah tingkah laku, sikap, tabiat, perangai, perlakuan, adab sopan, budi pekerti dan tindak tanduk yang baik, cantik serta indah yang dapat dilihat dengan mata kasar. Akhlak itu adalah sikap yang datangnya dari hati yang subur sifat-sifat mahmudah seperti adil, sabar, tawadhuk, pemurah, redha, tawakkal, ikhlas, zuhud, qanaah, muhabbah.

6:Kasih sayang. Ini merupakan rukun bermasyarakat. Adanya kasih sayang maka masyarakat akan hidup bahagia, aman damai, tenteram dan harmoni. Rasulullah saw bersabda maksudnya, ‘Tidak sempurna iman seseorang itu hingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.’ Ini bererti kasih sayang itu berlaku antara dua pihak secara timbal balik. Demi membina serta menyuburkan kasih sayang dalam masyarakat perlu diusahakan ciri-ciri berikut di antaranya: *Terjalin hubungan saling berlemah lembut. *Boleh berunding. *Mudah bermuafakat, sepakat dan seia sekata. *Saling bela membela. *Saling bertolong bantu. *Saling berlapang dada. *Saling bertolak ansur. *Saling bertimbang rasa. *Saling berkorban perasaan. *Saling mudah mesra dan mudah dimesrai. *Rasa bersama dan berkongsi perasaan. *Saling bekerjasama dalam aspek yang dituntut untuk sama-sama berbuat.

7:Ibadah. Terdapat ibadah khusus yang wajib ditunaikan. Meninggalkan ibadah khusus yang wajib itu boleh jatuh kepada dosa besar. Ada ibadah sunat yang digalakkan beramal dengannya. Ada ibadah umum iaitu semua pekerjaan harian boleh dijadikan ibadah asalkan beserta syarat-syaratnya iaitu niat, perlaksanaan, natijah, mengikut syariat dan tidak sekali-kali meninggalkan fardhu ain.

8: Kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Aspek ini tidak perlu dihuraikan kerana setiap hari memang dilakukan oleh semua pihak tanpa jemu dan tanpa henti. Malah aspek ini yang terlalu sangat diberi perhatian hingga mengakibatkan ketidakseimbangan antara spiritual dan material. Apabila tidak seimbang maka terjadilah ibarat pokok yang rimbun tetapi akarnya reput, tanpa dilanda ribut pun boleh tumbang sendiri. Ini sama ertinya apabila materialnya maju tanpa spiritual, maka sangat mudah terjerumus ke arah derhaka kepada Allah swt. Bukan salah kemajuan tetapi yang salahnya ialah orangnya yang tiada spiritual. Ibarat kapal yang patah kemudi maka berlayar hanya mengikut arus gelombang tanpa destinasi.